Translate

Monday, 28 March 2016

                    Tatacara Sebelum dan Selepas latihan Daya Tahan Kardiovaskular.

1.Mengambil dan mengira kadar nadi.

   _Sebelum aktiviti dijalankan,murid perlu mengira kadar nadi.Nadi dapat dikira di pegelangan tangan@arteri karotid(leher).
   _Mestilah menggunakan jari telunjuk dan jari hantu.Masa yang diambil adalah selama satu minit dan bermula daripada kiraan 0.
2.Aktiviti memanaskan badan.
   _Sebelum melakukan aktiviti kita perlu memanaskan badan terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko kecederaan.
   _Aktiviti yang berkaitan adalah:berlari setempat,berlari perlahan,lari pecut di kawasan padang@di sekeliling gelanggang.
   _Aktiviti regangan perlulah dilakukan untuk meningkatkan julat pergerakan di samping mengurangkan risiko kecederaan pada otot dan sendi.
   _Regangan dapat dilakukan dengan memberikan tumpuan pada otot-otot besar dari bahagian kepala hingga ke bahagian kaki.
   _Aktiviti ini melibatkan otot lengan dan bahu(otot trisep dan bisep),otot perut(rektus abdominis),otot paha(rektus femoris dan vastus medialis)serta otot betis(gastroknemis dan soleus).
3.Aktiviti menyejukkan badan.
   _Aktitvi ini hampir sama dengan aktiviti memenaskan badan pada intensiti yang rendah.
   _Aktiviti ini perli dilakukan oleh murid dari kepala hingga ke kaki pada bahagian otot@sendi yang telah digunakan selepas melakukan aktiviti kecergasan.

No comments:

Post a Comment