-Komposisi badan ialah peratusan lemak badan berbanding dengan otot,tulang dan tisu badan.Berat badan seseorang tidak akan mencerminkan tahap komposisi badan.Perkara penting bagi memahami konsep komposisi badan adalah lemak yang berlebihan pada seseorang.
-Komposisi badan boleh diukur menggunakan kaliper iaitu sejenis alat penyukat berbentuk gunting yang digunakan untuk menyukat ketebalan kulit badan dan mengira indeks jisim badan.
Jenis Kaliper Mengukur Lipatan Kulit:
Bahagian Trisep Kiri
Prosedur Mengukur Menggunakan Kaliper
-Bagi mengukur lipatan kulit di bahagian trisep,murid yang diuji hendaklah berdiri tegak sambil kedua-dua tangan di sisi dalam keadaan selesa.
-Bagi mengukur lipatan kulit di bahagian sisi dalam betis,murid yang diuji perlu berdiri tegak dengan satu kaki diletakkan di atas bangku sambil lutut dibengkokkan.
-Cubit lipatan kulit yang hendak diukur secara menegak menggunakan ibu jari telunjuk.
-Ketipkan kaliper 1cm diatas atau dibawah pada tempat yang dicubit.
-Ambil bacaan pada 0.5mm terhampir.
-Ulang pengukuran sebanyak 2 kali.Jika perbezaan ukuran melebihi 2mm ulang prosedur pengukuran.
-Rekodkan semua bacaan.
-Cari purata bagi kedua-dua bacaan.
1.4.2 Teknik Mengira Komposisi Badan
1) Dapatkan min dua bacaan bagi lipatan kulit trisep.
2) Dapatkan min dua bacaan bagi lipatan kulit sisi dalam betis.
3) Jumlahkan min lipatan kulit trisep dan lipatan kulit sisi dalam betis.
4) Bandingkan jumlah min lipatan ( trisep dan sisi dalam betis ) dengan berpandukan carta lipatan kulit untuk mengetahui peratusan lemak badan.
5) Gunakan pembaris untuk mendapatkan bacaan peratusan lemak.
6) Dapatakan kategori lemak badan.
1.4.3 Merekod Perkembangan Komposisi Badan
-Merekod komposis badan secara konsisten dapat membantu seseorang mengawal berat badan yang sesuai bagi menjaga tahap kecergasan dan kesihatan.
Cara-cara Merekod
-Sediakan borang rekod perkembangan komposisi badan.
-Rekodkan pada setiap awal bulan.
-Kenal pasti peningkatan atau penurunan dalam komposisi badan.
-Jika terdapat perubahan peningkatan komposisi badan,kaji semula program pemakanan anda.
No comments:
Post a Comment