Translate
Sunday, 20 November 2016
1.5 KUASA
Kuasa adalah satu komponen kecergasan berasaskan kemahiran motor.Kuasa bermaksud keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya maksimum.
FAEDAH LATIHAN
-Meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat terutamanya otot kaki.
-Meningkatkan keupayaan anaerobik.
-Meningkatkan kekuatan otot.
-Meningkan kuasa eksplosif.
-Membantu meningkatkan kecekapan larian dan lompatan.
CARA MELAKSANAKAN LATIHAN
a)kaedah latihan kuasa berpandukan prinsip latihan tambah beban.latihan tambah beban dapat meningkatkan kapasiti anaerobik atlet dan amat berfaedah untuk membina dan meningkatkan sistem aerobik dan sistem anaerobik.
b)intensiti latihan yang digunakan untuk meningkatkan kuasa kaki adalah dengan menambah set sela kerja pada setiap minggu.
TEKNIK MELAKUKAN AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KUASA KAKI
Aktiviti1:Lompat Dakap
~Berdiri dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan dan kedua-dua tangan berada di sisi.
~Melonjak dengan kedua-dua belah kaki sambil mengayun tangan.
~Bawa lutut hingga ke paras dada.
~Kedua-dua tangan memaut kedua-dua lutut semasa lutut hampir dengan dada.
~Mendarat di atas kaki sambil merendahkan badan untuk menyerap daya.
Aktiviti2:Ketingting tiga kali dan lompat
~Berdiri di belakang garisan mula dengan kedua-dua kaki di buka
~Ayun tangan ke belakang dan fleksikan kedua-dua lutut
~Melompat sejauh mungkin dan mendarat dengan kedua belah kaki
~Ukur jarak lompatan dari garisan mula hingga ke tumit kaki atau anggota badan yang menyentuh lantai
~Lakukan sebanyak dua percubaan
~Rekodkan jarak terbaik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment