1.2 DAYA TAHAN OTOT
-maksud daya tahan otot ialah kemampuan otot tersebut untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berulang dan berterusan tanpa berasa letih dan lesu dalam jangka masa yang panjang.
Contohnya:
-jungle trakking
-mendayung sampan
-daya tahan otot dapat ditingkatkan melalui latihan litar,latihan jeda,atau latihan bebanan.
-aktiviti yang dicadangkan dalam latihan litar adalah bangkit tubi silang,bicep curl,tekan tubi,naik turun bangku,mendagu dan lompat selang-seli.
Faedah Latihan;
-otot dapat melakukan aktiviti dalam masa yang lama
-dapat meningkatkan pengaliran darah dengan lebih berkesan ke seluruh badan
-menguatkan otot rangka dan otot jantung
-lemak dalam tisu otot dapat dikurangkan
-mampu bertindak cergas ketika berlaku kecemasan
1.2.1 latihan Membina Daya Tahan Otot Menggunakan Kaedah Latihan Litar
-Latihan litar ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan dari satu stesen ke stesen yang lain.Setiap stesen terdapat pelbagai aktiviti daya tahan otot.
Prinsip latihan litar;
>intensiti latihan dan ulangan,jangka masa,serta set.
-Bagi daya tahan otot,ulangan sesuatu aktiviti adalah antara 10-12 kali ataupun masa yang ditetapkan iaitu 30 saat bagi setiap aktiviti.
-Terdapat jeda rehat mengikut nisbah masa kerja dengan masa rehat.
-Aktiviti yang lengkap dilakukan di semua stesen dikira satu set.
-Satu set latihan melibatkan 6-12 aktiviti.
Aktiviti yang dicadangkan dalam latihan litar ialah:
-Lompat selang-seli
-Tekan tubi
-Bangkit tubi silang
-Mendagu
-Naik turun bangku
-Bicep curl
Cara Melaksanakan Latihan:
-Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum dan selepas latihan.Setiap aktiviti yang dicadang haruslah melibatkan otot yang berlainan bagi mengelakkan kecederaan otot.
-Lakukan aktiviti di setiap stesen dalam masa yang ditetapkan.Contohnya:melakukan aktiviti selama 30 saat dan tempoh masa rehat ialah 30 saat.Nisbahnya 1:1.
-Bagi aktiviti yang dilakukan secara berpasangan seorang menjadi pelaku dan seorang lagi sebagai pencatat.
-Catat jumlah pelakuan dalam Kad Skor Latihan
-Setelah tamat melakukan aktiviti di stesen,bergerak ke stesen yang lain dengan mengikut arah pusingan jam.
-Bagi meningkatkan lagi kecergasan daya tahan otot,murid boleh melakukan aktiviti sama ada menambahkan bilangan ketika melakukan sesuatu aktiviti.Contohnya:bagi aktiviti tekan tubi,memanjangkan tempoh masa aktiviti daripada 30 saat kepada 45 saat.
Aktiviti Daya Tahan Otot Menggunakan Kaedah Latihan Litar
-Stesen 1:lompat selang-seli
-Stesen 2:tekan tubi
-Stesen 3:bangkit tubi silang
-Stesen 4:mendagu
-Stesen 5:naik turun bangku
-Stesen 6:bicep curl
Stesen 1:Lompat Selang-seli
1.Posisi mula.Berdiri tegak sambil kedua-dua tangan di sisi.
2.Lompat dengan badan dalam keadaan tegak dan mendarat dengan kaki kiri di hadapan dan kaki kanan di belakang.Kaki fleksi.
3.Ulang aktiviti dengan mendarat dengan kaki kanan di hadapan,kaki kiri di belakang.
4.Ulang aktiviti berselang-seli kaki secara berterusan selama 30 saat.
Stesen 2:Tekan Tubi
1.Posisi mula.Dengan keadaan sokong hadapan,sambil tangan lurus dengan keseluruhan tapak tangan di lantai
2.Badan dan kaki lurus dengan hujung kaki mencecah lantai.Pandang ke bawah.
3.Fleksi siku sehingga dada mencecah lantai.Ekstensi siku semula.
4.Ulang aktiviti secara berterusan selama 30 saat.
Stesen 3:Bangkit Tubi Silang
1.Posisi mula.Baring dengan kedua-dua tangan di telinga.Lutut fleksi dan tapak kaki mencecah lantai.
2.Angkat badan sehingga siku kanan menyentuh lutut kiri.Ulang aktiviti selama 30 saat.
3.Kembali ke posisi mula.Angkat badan semula sehingga lutut kiri menyentuh lutut kanan.
4.Ulang aktiviti selama 30 saat.
Stesen 4:Mendagu
1.Posisi mula.Tangan memegang palang secara cekak atas(pronasi).
2.Tangan,siku,kaki,badan dan kepala dalam keadaan lurus.
3.Fleksi siku dan tarik badan ke atas agar kepala melepasi palang.
4.Kembali ke posisi mula dan ulang aktiviti secara berterusan selama 30 saat.
Stesen 5:Naik Turun Bangku
1.Posisi mula.Berdiri tegak dengan kedua-dua tangan di sisi.Mata pandang ke arah depan.
2.Naikkan kaki kanan ke atas bangku diikuti dengan kaki kiri.Badan tegak ketika berdiri di atas bangku.
3.Turunkan kaki kanan ke lantai dan diikuti dengan kaki kiri.
4.Ulang aktiviti secara berterusan selama 30 saat.
Stesen 6:Bicep Curl
1.Posisi mula.Berdiri mengikut keselesaan.Kedua-dua tangan di sis badan sambil memegang beban(dumbbell).
2.Fleksi kedua-dua tangan sehingga beban mencecah bahu,Badan sentiasa tegak.
3.kembali ke posisi mula.
4.Ulang aktiviti secara berterusan selama 30 saat.
No comments:
Post a Comment